Cinta...ah,satu perkataan yang amat suci dan mulia dalam kamus hidup saya.Cinta bagaikan sekuntum mawar yang dipenuhi duri sekitar rantingnya.Dalam hidup ini,setiap insan memerlukan "cinta".CINTA, satu kata yang diharapkan oleh setiap individu daripada pasangannya.Cinta, satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata atau rupa.Ia adalah suatu dunia khayalan yang penuh kasih,sayang,kegembiraan,kemesraan dan mimpi yang indah.Cinta...maksudnya sesuci embun waktu pagi,katanya semanis gula.Cinta lahir terhadap sesiapa saja dan di mana-mana jua.Cinta amat manis untuk dialami walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan menentang pelbagai rintangan.Cinta menjadikan seseorang prihatin,bertanggungjawab dan penyabar.Cinta juga penuh liku-liku hidup.Cinta juga menjadikan seseorang matang.Cinta dapat membawa perubahan yang berbagai-bagai dalam kehidupan seseorang.Ketika bercinta seseorang itu akan termenung menyelami dunianya yang sendiri.Bilakah cinta mula berputik???Suatu soalan yang jawapannya tidak pernah diitemui.Cinta mekar di dalam hati seseorang tanpa disedarinya.Cinta putik berasaskan kasih,sayang sejati dan kepercayaan.Tiada syarat bagi cinta.Cinta tidak mengenal agama,bangsa,taraf hidup atau umur seseorang.Cinta tidak mementingkan rupa paras,kekayaan,kemewahan dan kebendaan seseorang.Cinta tidak boleh dijual beli.Dalam cinta semuanya adil.Tiada ego,keangkuhan,kebodohan dalam cinta.Cinta juga menjadikan seseorang tidak waras dalam hidupnya.Kadang-kala cinta memusnahkan hidup seseorang.Cinta amat murni tetapi ramai yang tidak mengenal ertinya.Cinta melahirkan bibit-bibit rindu.Rindu menjadikan seseorang itu mengalami kesepian.Rindu,penantian yang amat pahit dan menderitakan.Cinta hanya setia terhadap seseorang.Cinta tidak mengharapkan balasan.Percintaan antara seorang gadis dengan seorang pemuda bukanlah kehidupan yang sepenuhnya.Cinta hanya sebahagian daripada hidup kita.Cinta akan terus subur dalam hati seseorang walaupun ketika orang yang dicintai tiada di sisinya. Cinta itu buta tetapi sejati.
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment