Thursday, May 29, 2008

Dunia Novelku


Membaca novel adalah hobiku. Ramai kawan I cakap yang I ini ulat novel. Memang betul. I dan Sarmila suka sangat baca novel terutamanya novel Melayu kat sekolah I. Sekarang, Shangeetha dan Kaastthuury juga terikut-ikut dengan kami. Ramai yang cakap bahawa membaca adalah satu aktiviti yang amat bosan. Sebenarnya, tidak. Membaca buku adalah satu hobi yang amat berfaedah. Tetapi pada zaman yang moden macam kini, hobi seperti membaca semakin berkurangan. Remaja seperti I ini sepatutnya harus meluangkan masa membaca buku. Dua buku seminggu pun cukup. Memang I akui membaca itu kadang kala boring... I pun tak tau macam mana I mula habit membaca. Semasa I darjah 6, I adalah Ketua Pengawas Pusat Sumber. So,setiap hari I kena pergi ke library. Masa itulah minat I ni mula berputik. Mula-mula I suka baca buku cerita biasa je. Selepas UPSR, I mula menambahkan bilangan cerita dalam buku nilam pula. I dah mula menulis buku nilam sejak di darjah 4 lagi. Kerana usaha I selepas UPSR itu, I dapat anugerah Nilam dalam peringkat daerah. Di sekolah I, terdapat 3 orang yang dapat anugerah Nilam Jauhari termasuk I. Tetapi,hanya I seorang saja dapat anugerah Nilam Jauhari & Nilam Rakan Pembaca. Best juga kan... Selepas datang ke sekolah menengah pula, I dapat ramai kawan.I dan Sarmila mempunyai minat yang sama iaitu membaca. Di situ jugalah I mula membaca novel yang tebal-tebal. Di Malaysia kan,ramai yang suka membaca buku cerita seperti Harry Potter, Princess Diaries dan banyak lagi novel terbitan luar negara(termasuk I pun). Tetapi sejak I mula membaca novel Melayu, I sedar betapa berbakatnya penulis di Malaysia ini. Cerita-cerita yang I yang baca memang best gile betul. Contohnya, Semaian Kasih, Ratu Hatiku, Kasih Dania, Kau Yang Satu, Aku Mahu Saiz S, Aku Mahu Popular, Cinta Abadi, Songsang, Aku Yang Ditinggalkan dan lain-lain. Apa yang I harapkan ialah tak kiralah remaja ke orang dewasa ke, jadikanlah membaca salah satu hobi anda. Ia amat menguntungkan dan sokongilah penulis di negara kita.

No comments: